Gergasi Yahoo, Google, Facebook Pun Gunakannya!

Siapa Kata Barang PERCUMA Tidak Berkualiti?
 

 

 



Daripada:
Zaki Yusof,
B. Sc.(Hons) Comp. Science UTM
Tarikh:
Per: Kehebatannya Tak Boleh Disangkal Lagi...
 
 
Salam sejahtera &  sahabatku,
 

 

Kelebihan Anda Tahu PHP dan MySQL?

 

Anda boleh buat duit dengan membina sistem berasaskan PHP & MySQL dan jual kepada pihak yang berminat. Contoh sistem yang boleh dibangunkan seperti sistem cuti kakitangan, sistem klinik, sistem pendaftaran hotel, sistem tempahan atau apa sahaja sistem mengikut sasaran pelanggan anda. Dengan menggunakan PHP & MySQL, anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk menggunakannya (PERCUMA!).

 

 

Anda boleh menjadi 'freelancer' (pengaturacara bebas) dan mengambil upah membangunkan sistem untuk mana-mana syarikat @ individu.  Upah lumayan menanti anda kerana permintaan projek menggunakan PHP & MySQL sangat tinggi ketika ini dimana banyak syarikat telah memilih PHP & MySQL kerana keupayaannya yang hebat tetapi PERCUMA!

 

 

Mudah untuk anda membuat 'customize' / mengubahsuai laman web dinamik CMS (Content Management System) yang terdapat di organisasi anda atau di pasaran seperti Joomla, PHP-Nuke, phpBB dan lain-lain yang seangkatan dengannya (yang popular). Ini kerana laman web CMS tersebut dibangunkan menggunakan PHP & MySQL.

 

 

Anda boleh mengubahsuai mana-mana laman web sistem berasaskan kod PHP yang lain. Sudah banyak syarikat yang beralih arah kepada membangunkan sistem menggunakan PHP & MySQL kerana TOC (Total of Ownership Cost) yang tersangat rendah.

 

 

Anda atau syarikat boleh menjimatkan berkali-kali ganda kos pembangunan sistem. Berbanding membeli perisian dan pangkalan data yang mahal harganya. Contoh pangkalan data berbayar seperti Oracle, MSSQL, SyBase dan lain-lain yang mahal. Sebaliknya PHP & MySQL adalah PERCUMA!

 

 

Anda boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang hebat dalam organisasi dengan membina sistem berasaskan web. Ini boleh membantu anda mempunyai skil tambahan istimewa yang hebat yang tidak dimiliki oleh kakitangan lain.

 

 
Tahukah anda?
 

PHP merupakan satu bahasa skrip yang popular dan paling banyak digunakan di dunia pada ketika ini.  Menurut kajian Netcraft.com, pengguna PHP telah meningkat mendadak daripada hanya 7,500 host pada tahun 1998 kepada 410,000 host pada Mac 1999.

 

... dan kini telah mencecah kepada 52 juta host.

 

PHP dicipta oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1995. Gambar beliau di bawah:

 

Rasmus Lerdorf

 

 

Apa Yang Menarik Sangat Tentang PHP Ni?


Banyak pembangunan sistem dalaman (in-house system development) dan portal Content Management System (CMS) di dunia sebenarnya dibangunkan dengan menggunakan sumber terbuka (Open Source) PHP & MySQL. 


Tahukah anda CMS yang popular seperti Joomla, DrupalPHP-Nuke, Xoops, Mamboo dibangunkan menggunakan PHP & MySQL.

 

PHP & MySQL adalah 2 contoh item sumber terbuka.

 

Banyak lagi aplikasi lain yang popular penggunaannya di seluruh dunia dibangunkan menggunakan PHP & MySQL. Contohnya saya senaraikan seperti di bawah ini:

  • Aplikasi blog - Wordpress, Nucleus, b2evolution
  • Aplikasi forum - phpBB, SMF 
  • Aplikasi E-Commerce - Zen Cart, Os Commerce, Cube Cart
  • Aplikasi Project Management - dotProject, PHPProjekt
  • Aplikasi Foto Album - Coppermine Photo Gallery, 4Images Gallery, Gallery

 

Tujuan saya memberikan contoh di atas untuk menunjukkan kepada anda bahawa PHP & MySQL adalah perisian canggih (jangan disangka perisian percuma tiada kualiti!) sehinggakan aplikasi di atas dicipta dengannya.

 

Yang pastinya, sesiapa juga termasuk anda boleh menggunakan semua aplikasi di atas yang sememangnya telah siap dan canggih dengan PERCUMA!


Oh ya... semua aplikasi di atas adalah aplikasi yang telah siap dibangunkan menggunakan PHP & MySQL. Sebenarnya, anda juga boleh membina apa-apa sahaja aplikasi menggunakan PHP & MySQL samada untuk kegunaan sendiri, komersial atau organisasi bergantung kepada kemahiran anda menggunakannya.

 

Contohnya anda ingin membangunkan sistem dalaman syarikat seperti sistem cuti, maklumat kakitangan, sistem tempahan dan bermacam-macam lagi. Bahkan anda juga boleh membina portal anda sendiri dengannya.

 

Kelebihan utama aplikasi yang dibangunkan menggunakan PHP dan MySQL ini ialah sistem anda nanti dapat diakses melalui web iaitu dengan menggunakan web browser. Sama seperti anda melayari Internet.

 

Oleh itu, ia banyak menjimatkan kos pelaksanaannya (deployment) berbanding jika menggunakan sistem 'stand-alone' yang memerlukan pemasangan (installation) pada setiap komputer atau client satu per satu.


Contohnya anda membangunkan sebuah sistem cuti menggunakan PHP & MySQL, maka setelah siap sistem tersebut hanya perlu diakses menggunakan web browser seperti Internet Explorer (IE), Mozilla Firefox, Opera, Google Chrome atau lain-lain yang serupa dengannya.

 

Oleh itu, pemasangan sistem pada setiap client atau komputer tidak diperlukan lagi. Sudah tentunya setiap komputer telah mempunyai web browser sendiri sekurang-kurangnya IE.


Tak kiralah samada sistem tersebut dibangunkan secara Intranet (sistem dalaman sahaja) atau Internet.

 

Kesimpulannya, kos pembangunan sistem dan Total of Ownership Cost (TOC)  menggunakan PHP & MySQL jauh lebih murah berbanding aplikasi lain.

 

Tambahan pula kedua-duanya PHP & MySQL adalah dua sistem Sumber Terbuka (Open Source) yang boleh digunakan dengan percuma sahaja!


Oleh kerana itulah, sekarang ini semakin banyak organisasi samada swasta dan kerajaan telah memilih PHP & MySQL dalam pembangunan sesebuah sistem dalaman mereka.

 

Bahkan sesetengah syarikat juga telah membangunkan sistem untuk tujuan komersial hanya dengan menggunakan PHP & MySQL sahaja!

 

 

 

Apa itu PHP?   

 

  

Saya ingin menerangkan secara teknikal (sedikit sahaja) tentang PHP.


PHP adalah ringkasan PHP Hypertext Preprocessor. PHP adalah bahasa pengaturcaraan skrip (scripting) yang boleh berinteraksi dengan server. Ia juga boleh digunakan di dalam HTML itu sendiri. Ini bermakna PHP dan HTML boleh digabungkan bersama.


Saya gambarkan hubungan PHP dengan item lain seperti diagram di bawah:



Diagram Hubungan PHP & MySQL.

 

 

PHP sangat bagus kerana dicipta untuk kegunaan sistem berasaskan web dan boleh dihubungkan dengan pangkalan data iaitu query database menggunakan simple task yang boleh diuruskan dengan 3‐4 baris kod sahaja.

 

Ini menjadikan PHP ini lebih senang difahami berbanding dengan pesaingnya yang lain seperti ASP, Cold Fusion, JSP, Perl, Python dan lan-lain. 

 

 

Contoh baris-baris kod PHP.

 

 

 

 

Fakta Menarik Tentang PHP

 

Logo rasmi PHP

 

  • Lebih 20 juta domain menggunakan PHP sebagai bahasa pengaturcaraannya. Sumber: www.php.net/usage.php

  • Digunakan oleh syarikat gergasi seperti Yahoo.com, Google.com, eBay.com, FaceBook.com, Nokia.com, Oracle.com, Wikimedia.com, InternetNews.com.

  • Anda boleh ke laman web rasmi PHP: www.php.net

 

 

Daripada maklumat di atas, terbukti penggunaan PHP semakin meningkat popular dari hari ke hari. Di Malaysia pula semakin banyak syarikat termasuk jabatan-jabatan kerajaan yang mula dan telah membangunkan sistem menggunakan PHP & MySQL.

 

Kini anda telah pun memahami sedikit sebanyak tentang PHP. Secara kesimpulannya, PHP ialah bahasa pengaturcaraan yang boleh berkomunikasi dengan pangkalan data seperti MySQL. 


Oleh itu... seterusnya saya akan terangkan pula berkenaan MySQL.

 


 

 Apa itu MySQL?  

Logo rasmi MySQL

 

 

MySQL adalah pangkalan data.  MySQL berfungsi menyimpan data-data sistem yang anda bangunkan. 

 

Ini bermaksud apabila anda membangunkan sesebuah sistem, tentu ada banyak data yang perlu disimpan. Contohnya anda ingin membina sebuah sistem pendaftaran pelajar sekolah, tentu akan ada banyak nama pelajar, no. kad pelajar, alamat pelajar, nama penjaga dan sebagainya.

Oleh itu, data-data tadi (iaitu nama pelajar, no. kad pelajar, alamat pelajar, nama penjaga dan sebagainya) perlu disimpan di dalam satu pangkalan data supaya ianya boleh dicapai semula.

Maka anda memerlukan pangkalan data atau database untuk menyimpannya.

Untuk pengetahuan anda terdapat 2 jenis pangkalan data, iaitu flat database dan RDBMS (Relational Database Management System).

Bagi kebanyakan sistem, pangkalan data jenis RDBMS adalah yang paling banyak dan popular penggunaannya.

Antara pangkalan data jenis RDBMS yang popular ialah seperti Oracle, Informix, Sybase, DBase, MS SQL, MS Access dan banyak lagi termasuklah MySQL. Bezanya pangkalan data MySQL adalah percuma sedangkan pangkalan data yang lain kesemuanya perlu dibeli dengan kos yang tinggi.

MySQL adalah PERCUMA! kerana ianya dikategorikan sebagai Sumber Terbuka (Open Source). Sesiapa pun boleh menggunakan MySQL. Termasuk anda!

 

  

 

 PHP & MySQL Menjadi Pilihan Syarikat 

Gergasi Dunia... Mengapa?

 

 

        

 

 

 

Tahukah anda syarikat gergasi seperti Google dan Yahoo juga menggunakan PHP dan MySQL dalam sistem mereka? Buktinya baca di sini.

 

Mengapa ini berlaku? Walhal PHP & MySQL adalah 100% produk percuma. Ini disebabkan tidak lain dan tidak bukan kerana PHP & MySQL adalah perisian dan pangkalan data yang berkualiti dan diyakini untuk pembangunan sesebuah sistem.

 

Jika tidak, masakan mereka memilih menggunakan MySQL untuk sistem mereka?

 

Di Malaysia pula, sejak kebelakangan ini banyak jabatan kerajaan dan syarikat swasta memilih PHP dan MySQL dalam pembangunan sistem dalaman (in-house system development) mereka.

 

Contohnya mereka membina sistem cuti, tempahan, maklumat kakitangan dan sebagainya.

 

 

Fakta Menarik Tentang MySQL

 

  • Pangkalan data yang digunakan oleh syarikat gergasi dunia seperti Google, Yahoo, Youtube, Wikipedia. Baca di sini.

  • 11 juta 'active installation'.

  • 60,000 download copy sehari.

  • Sangat mudah digunakan: proses installation kurang dari 15 minit.

  • Pada tahun 2008, MySQL telah dibeli oleh Sun Microsystem daripada MySQL AB dengan harga USD 1 Bilion. Namun pada April 2009 Oracle pula  telah mengambilalih Sun Microsystem pada harga USD 7.4 Bilion. Baca di sini Sumber 1, Sumber 2

  • Walaupun MySQL kini dimiliki oleh Oracle tetapi ia masih kekal sebagai Sumber Terbuka iaitu percuma untuk digunakan.

  • Fakta-fakta menarik tentang MySQL: www.mysql.com

 

 

 

 

Sebenarnya anda tidak perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk belajar bahasa pengaturcaraan PHP ini kerana ia amat mudah dipelajari.  Sama ada anda seorang newbie atau profesional, hari ini anda perlu mengetahui serba sedikit lebih mendalam bagaimana PHP & MySQL ini berfungsi.

 

Tujuannya supaya anda juga boleh membangunkan sistem di organisasi anda sendiri atau membangunkan sistem untuk organisasi lain.

 

Anda boleh menjadi 'freelancer' dan mengambil upah servis kepakaran anda nanti.

 

Bahkan sekiranya anda ingin mengupah mana-mana pembangun sistem (system developer) daripada luar dan anda ingin sistem anda dibangunkan menggunakan PHP & MySQL, anda tidak akan merasa takut lagi kerana anda telah sedia faham dan arif tentang PHP & MySQL ini.

 

Memandangkan penggunaan PHP dan MySQL semakin mendapat tempat dan permintaan, maka anda sama sekali tidak rugi jika mempelajari PHP & MySQL.

 

Apatah lagi jika anda sememangnya seorang 'programmer'. Inilah peluang untuk anda memiliki satu lagi skil kemahiran yang hebat yang tidak dimiliki oleh rakan-rakan anda. Dengan itu ia memberi nilai tambah untuk diri anda sendiri.

 

Bahkan... boleh saya katakan (mengikut pengalaman saya selama ini..) anda pasti terpikat (InsyaAllah) selepas mengenali dan mempelajari PHP dan MySQL nanti.

 

Kini anda berpeluang mengetahui dengan lebih mendalam secara praktikal ('hands-on') tentang PHP dan MySQL. Langkah demi langkah bermula dari installation sehingga anda mampu membangunkan sistem secara online akan ditunjukkan.

 

 

 

Untuk Itu, Kini Anda Berpeluang Mempelajari PHP & MySQL dengan Menghadiri...

 

 

 

 

 

 

 

Objektif Kursus

 

 

Memberikan latihan 100% secara praktikal untuk membangunkan sebuah sistem menggunakan PHP & MySQL.

 

Mempelajari bagaimana sistem PHP dapat berinteraksi dengan pangkalan data MySQL.

 

Penggunaan PHP dan MySQL sebagai aplikasi untuk membangunkan laman web portal organisasi / individu bagi memudahkan webmaster mengubah serta menguruskan kandungan laman web / dynamic web.

 

Mengetahui faktor-faktor keselamatan aplikasi yang melibatkan penggunakan PHP dan MySQL.

 

Mengetahui kegunaan dan potensi yang boleh digunakan melalui penggunaan PHP dan MySQL dalam pembangunan sesebuah laman web / sistem.

 

 

 

Kandungan Kursus

 

 

PHP

  1. Apa itu PHP?

  2. Apa yang dapat dilakukan dengan PHP?

  3. Bagaimana PHP berfungsi?

  4. Script PHP pertama saya.

  5. Sintaks asas PHP – pembolehubah, konstan dan jenis-jenis data.

  6. Operator.

  7. Penyataan – if..elseif..else, switch, loop.

  8. Fungsi (function).

  9. Tatasusunan (array).

  10. Manipulasi fail (file manipulation).

  11. Manipulasi tarikh.

  12. Manipulasi string.

  13. Borang (form) – konsep $_POST dan $_GET.

  14. Penggunaan session dan cookie .

  15. Keselamatan dalam PHP.

MySQL

  1. Apa itu MySQL?

  2. Mengapa gunakan MySQL?

  3. Menetapkan username dan katalaluan.

  4. Membina database.

  5. Mencipta table.

  6. Interaksi dengan MySQL – select, insert, delete, update, search

  7. Keselamatan dalam MySQL.

 

 

Oleh kerana kursus dijalankan 100% secara praktikal, maka keseluruhannya tajuk-tajuk di atas akan mengambil masa selama 4 hari.  Saya tidak mengambil mudah tajuk-tajuk di atas kerana penerangan yang jelas dan latihan praktikal perlu dilakukan sekiranya anda mengikuti kelas ini.

 

Bagi memantapkan pemahaman anda, latihan dan contoh sistem akan dibuat di dalam kelas. Inilah metodologi utama kursus ini nanti. Dengan tunjukajar daripada pengajar yang berpengalaman, anda pasti seronok mempelajarinya nanti.

 

 

Bilakah Dan Dimana Kursus Diadakan?

 

 

 

"Kursus Intensif

PHP & MySQL

100% Praktikal"

4 Hari

(Tahap: Asas & Pertengahan)

 

 

 

TEMPAT:

 

LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.

(JomTraining Center 2 @ JTC 2)

47-1, Jalan OP 1/2,

1 Puchong Business Park,

47160, Puchong,

Selangor. MALAYSIA.

<< Klik di sini peta lokasi >>  |  << Google Maps >>

 

 

Syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan

 

Sijil Akuan Kementerian Kewangan (MOF)

 

 

 

Syarikat berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) @ HRDF - Kategori A

 

 

Syarikat yang mencarum dengan PSMB boleh menuntut
bayaran kursus dengan PSMB.
(Tuntutan dilakukan sendiri oleh syarikat anda)

 

 

 

TARIKH:

 

 24 - 27 Febuari 2014

4 Hari

 

 

 

MASA:

9:00am - 5.30pm

(minum pagi, makan tengahari, minum petang disediakan)


 

BAHASA:

Melayu

 

Semua peralatan belajar, nota kursus dalam BM,

CD, komputer disediakan.

 

Komputer sendiri juga boleh dibawa untuk memudahkan
pembelajaran anda. Sila maklumkan jika anda membawa sendiri
untuk kami sediakan 'reserved seat' kepada anda.

 


 

Sijil Diberikan.

 

 

Yuran kursus sila lihat di bawah...

 

 

 

 

Tapi tunggu....

Saya ada tawaran terbaik untuk anda!

Yuran Termurah & Berkualiti

 

5 Sebab mengapa yuran yang ditawarkan begitu murah berbanding harga sebenar kursus ini?

  1. Menggunakan segala kemudahan training center milik saya sendiri iaitu JomTraining Center. Tidak memerlukan kos sewaan. Segala kemudahan seperti komputer, projektor, bilik dan lain-lain disediakan sepenuhnya. Jadi... sebab itulah saya boleh tawarkan harga yang sangat murah. Murah bukan sebab tiada kualiti!

  2. Demi memberi peluang kepada umum ke arah membina modal insan yang cemerlang (galakkan rakyat Malaysia ada skil hebat ini). Tawaran harga sebegini diberikan. Harga diskaun ini adalah terbuka untuk semua (individu atau syarikat). Sebenarnya jika anda buat carian di Internet, kos sebenar kursus seperti ini adalah  RM1900 iaitu 'standard market'.  Namun kini, saya tawarkan harga yang rendah tanpa perlu mengorbankan kualitinya.

  3. Tenaga pengajar sangat berpengalaman dalam pembangunan sistem PHP dan MySQL. Jika difikirkan beliau akan kenakan caj yang tinggi tetapi disebabkan beliau adalah sahabat baik saya maka saya telah dapat bertolak ansur dengan beliau. Oleh kerana saya juga berlatarbelangkan IT, saya memilih beliau kerana tahu kredibiliti beliau dalam bidang ini. Beliau telah membangunkan banyak sistem PHP & MySQL untuk pihak swasta dan kerajaan. Ramai orang yang memang hebat dalam pengaturcaraan tetapi tidak ada skil mengajar. Tetapi rakan saya ini tidak! Beliau juga berpengalaman mengajar PHP & MySQL di jabatan kerajaan dan swasta sebelum ini. Cara pengajaran dan penyampaian beliau memang mudah untuk difahami walaupun oleh orang biasa.

  4. Untuk memberikan kesedaran kepada individu dan organisasi bahawa kos membangunkan sistem boleh dijimatkan jika menggunakan sumber terbuka ini. Diharap dengan harga kursus yang murah seperti ini banyak organisasi termasuk IKS berpeluang mengetahui potensi PHP & MySQL untuk membangunkan sistem yang boleh membantu operasi syarikat mereka.

  5. Ini adalah harga promosi dan sementara sahaja. Selepas ini mungkin harganya akan dinaikkan kepada harga asal RM1900/orang. Bila-bila masa sahaja ianya boleh dinaikkan!

 

Pesanan Ikhlas Saya!

 

Bagi Menjamin Kualiti Kursus Ini...

Kelas ini BUKAN untuk semua orang! Hanya yang ada asas IT dan programming sahaja layak dan ianya adalah 100% Praktikal

 

 

 

Namun,  tidak semestinya  anda perlu ada kelulusan IT untuk hadir kursus ini.  Ini kerana ramai juga orang yang tiada kelulusan IT pun akhirnya mahir dengan PHP & MySQL.

 

 

 

Sekurang-kurangnya syarat paling asas yang dimaksudkan ialah seperti:

  1. Anda pernah membina laman web samada menggunakan FrontPage, Dreamweaver dan lain-lain perisian dan pernah menggunakan kod HTML. Atau

  2. Anda pernah mempelajari bahasa pengaturcaraan lain.

 

 
Sekiranya anda memiliki perkara asas di atas, ia adalah satu kelebihan untuk anda lebih cepat mempelajari kursus ini.

 

Jadual Kursus Yang Lepas

 

Siri

Tarikh / Hari

Tempat

Status

#1

16 - 19 Nov. 2009

(Isnin - Khamis)

 

JTC1
Bandar Tasik Selatan, KL

Selesai

#2

28 - 31 Dis. 2009

(Isnin - Khamis)

 

JTC1
Bandar Tasik Selatan, KL

Selesai

#3

8 - 11 Feb. 2010

(Isnin - Khamis)

 

JTC1
Bandar Tasik Selatan, KL

Selesai

#4

1 - 4 Mac 2010

(Isnin - Khamis)

 

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, KL

Selesai

#5

26 - 29 April 2010

(Isnin - Khamis)

JTC 2
1 Puchong Business Park,

Puchong Selangor.

 

Selesai

#6

29 Mei - 1 Jun 2010

(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,

Puchong Selangor.

 

Selesai

#7

24 - 27 Julai 2010

(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,

Puchong Selangor.

 

Selesai

#8

27 - 30 Nov. 2010

(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,

Puchong Selangor.

 

Selesai

#9 25 - 28 Dis. 2010
(Sabtu - Selasa)

 

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.
Selesai
#10 19 - 22 Feb. 2011
(Sabtu - Selasa)

 

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.
Selesai.
#11 9 - 12 April 2011
(Sabtu - Selasa)
JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.
 
Selesai.

#12

21 - 24 Mei 2011
(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai.

#13

2 - 5 Julai 2011
(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai.

#14

20 - 23 Ogos 2011
(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai.

#15

31 Okt - 3 Nov 2011
(Isnin - Khamis)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai.

#16

17 - 20 Dis 2011
(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai

#17

25 - 28 Feb. 2012
(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai

#18

21 - 24 April 2012
(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai

#19

19 - 22 Mei 2012
(Sabtu - Selasa)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai

#20

4 - 7 Jun 2012
(Isnin - Khamis)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai

#21

25 - 28 Jun 2012
(Isnin - Khamis)

JTC 2
1 Puchong Business Park,
Puchong Selangor.

 

Selesai

 

 

 

Video Kursus PHP & MySQL Yang Lepas

 

 

 

 

 

Antara Organisasi Yang Telah

Menyertai Kursus Di Sini...

 

 

• Majlis Sukan Negara (MSN)

• Kolej Sunway

• Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang

• SIRIM Berhad

• KESAS

• SUK Johor

• MPAJ

• Kolej MARA

• Kementerian Perumahan Dan Kerajaan      Tempatan (KPKT)

• Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan

• Lembaga Pelabuhan Klang (LPK)

• Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

• UTM, Skudai.

• Majlis Perubatan Malaysia, Putrajaya.

• Rakyat Management Services Sdn. Bhd.

• UiTM Penang 

• Kolej RISDA Melaka

• TUDM, Kuching.

• Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

• Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)

• Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

• Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

• Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Kementerian Pelancongan Negeri Sabah

• Kolej Profesional MARA, Johor.

 

dan ramai lagi... termasuk individu-individu yang meminati PHP & MySQL.
 

 

Peserta-peserta yang telah menghadiri...

 

 

 

 

 

>> Lagi foto-foto kursus di sini <<


Kursus Ini Terbuka Kepada Umum Dan Organisasi

 
Apa Maklumbalas Peserta?

(Klik pada setiap imej di bawah untuk besarkan)

 

 

 

 

Lihat Ranking Kursus Kami di Internet

Antara 10.8 juta carian... Kami #1 dengan

katakunci "kursus PHP"

 

 

 

 

Siapa Yang Sesuai Hadir Kelas Ini?

 

 

Individu umum yang berlatarbelakangkan programming yang ingin mendapatkan ilmu @ skil baru dalam bidang programming sumber terbuka PHP & MySQL.

 

 

Programmer yang ingin menambahkan skil individu dalam bidang PHP & MySQL pula. 

 

 

Juruanalisa sistem yang ingin mengetahui dan merasai keupayaan PHP & MySQL untuk membangunkan sesebuah sistem. Anda akan dapat menilai dan mengetahui kebagusan PHP & MySQL secara praktikal.

 

 

Kakitangan kerajaan @ swasta yang berkaitan dalam bidang IT yang sedang dalam proses membangunkan sistem dalaman syarikat dan bercadang menggunakan PHP & MySQL.

 

 

Pelajar-pelajar IPTA/S yang ingin menyiapkan tesis atau projek sistem menggunakan PHP & MySQL.
 

 

Syarikat yang bercadang menghantar kakitangan menjalani kursus PHP & MySQL tetapi tidak tahu dimana tempatnya. Malah mahal pula harganya. Di sini ianya murah dan berkualiti.

 

 

Kami Sebolehnya Ingin Melaksanakan Urusan Mengikut Kehendak Syariah.

Oleh Itu Sila Baca Polisi Tempahan & Penyertaan Di Bawah

Agar Kedua-Dua Pihak Jelas Atas Urusan Ini:

 

 

#1: Untuk penyertaan anda disahkan, anda perlu membuat bayaran penuh terlebih dahulu sebelum hari kursus. Tiada lagi pendaftaran tanpa bayaran.

Ini disebabkan ada peserta yang tidak hadir pada hari kursus sedangkan persediaan lengkap telah dilakukan dan kami juga terpaksa menolak penyertaan peserta lain apabila tempat telah penuh. Oleh itu ia merupakan satu pembaziran.

 

 

#2: Yuran penyertaan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan (tiada refund) jika anda gagal hadir atau anda membatalkannya pada tarikh kursus yang telah ditetapkan.

 

Ini bagi mengelakkan masalah peserta yang sengaja membatalkan program ini sedangkan pihak kami telah membuat persediaan sepenuhnya.

 

Oleh itu pastikan anda benar-benar akan hadir dan tidak akan membatalkannya. Namun anda boleh menggantikan kehadiran anda dengan orang lain.

 

 

#3: Anda boleh menangguhkan kehadiran sekiranya berlaku hal kecemasan seperti kemalangan, sakit, kematian ahli keluarga. Dokumen sokongan mesti disertakan sebagai bukti. Anda atau wakil mestilah memaklumkan kepada kami melalui telefon sebelum atau pada tarikh kursus dijalankan. 

 

 

#4: Yuran penyertaan akan dikembalikan sepenuhnya jika pembatalan kursus disebabkan oleh pihak kami atau anda meninggal dunia (waris boleh menuntut dengan mengemukakan sijil kematian).

 

 

 

Peluang Ini Tidak Patut Dilepaskan!

 

Penyertaan Dibuka Sekarang...

Tempat Terhad!

 

 

 

 

4 hari 

 

 

 

 

Terhad untuk  15 orang sahaja!

 

 

 

Yuran Promosi Paling Murah

(4 hari intensif & 100% praktikal)

 

 

 

Harga Asal 

RM1,900 , RM1,800

 

 

 

Kini hanya RM1,700 sahaja!

 Yuran paling murah di pasaran! Anda Jimat RM200

 

 



Bilik training sebenar yang luas dan selesa. Skrin besar.

Komputer notebook berserta mouse.

Memudahkan pembelajaran.

 


 

LOKASI KURSUS:

 


 

LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.

(JomTraining Center 2 @ JTC 2),

47-1, Jalan OP 1/2

1 Puchong Business Park,

47160, Puchong,

Selangor. MALAYSIA.

 

<< Klik di sini peta lokasi >>  |  << Google Maps >>

 

(Cadangan: cetak peta lokasi di atas sebagai panduan
ketika datang untuk memudahkan anda mencari lokasi)

 

 

 Tonton Video Panduan Lokasi (2 min:21 saat)

 

 

 

Parking banyak pilihan & percuma pula di depan JTC 2.

 

 

 

TARIKH:

 

 24 - 27 Februari 2014

4 Hari


 

 

MASA:

 

9:00am - 5.30pm

(CD, nota, minum pagi, makan tengahari,

minum petang disediakan)

 

 

STATUS KEKOSONGAN TEMPAT:

Masih Ada Lagi... Boleh daftar sekarang!

  

 



Panduan Penginapan (jika perlu)


Saya telah membuat survey untuk hotel-hotel di sekitar Puchong.
Ini adalah pilihan terbaik yang dicadangkan dengan mengambil kira kriteria

harga bilik, jarak dari pusat latihan & keselesaan.

 

 

 

Pilihan #1: Disyorkan
 

Hotel Sun Inns - dari RM85 / malam
Hanya 100m berjalan kaki ke JTC 2
Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada.
Tempahan: 03-8076 5636
www.suninnshotel.com.my

Pilihan #2: Disyorkan
 

Hotel Best View - dari RM88 / malam
Hanya 100m berjalan kaki ke JTC 2
Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada.
Tempahan: 012-2947761

www.BestViewHotel.com.my

 

 

Pilihan #3: Disyorkan
 

Hotel Boutique - dari RM119 / malam
Hanya 100m berjalan kaki ke JTC 2
Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada.
Tempahan: 03-8075 0360 | 012-6561 181

 

Pilihan #3: Pilihan
 

Hotel Orkid Inn (berdekatan IOI Boulevard)
Dari RM88 / malam

Memandu 800m ke JTC 2
Jenis Bilik: 1 Queen Bed (sesuai untuk 2 orang)
Bilik jenis lain juga ada.
Tempahan: 03-8076 8108

 

 

Nota: Anda digalakkan menempah awal kerana dikhuatiri bilik

hotel mungkin penuh jika tempahan dibuat di saat-saat akhir.

 

 

 

Panduan Pengangkutan Awam

 

 

 

 

 

#1. Bas Awam - Rapid KL

  • Naik di Stesen Pasar Seni / Bas Stand Kotaraya (Central Market), KL.

  • Nombor bas U60, U69, U70

  • Tambang bas RM3 / sehala.

  • Bas henti-henti.

  • Tempoh perjalanan (lebih kurang 1 jam. bergantung kepada trafik dan kekerapan henti-henti)

  • Turun terus di hadapan JTC. Beritahu driver turunkan berdekatan Hotel Sun Inn / Boutique.

  • Jadual & Laluan

 

 

 

#2. Bas Ekspres TransNasional, Nice, PlusLiner

  • Dari Selatan: Melaka, Batu Pahat / Muar, JB, Singapura, Endau/Mersing

  • Dari Utara: Lumut, Teluk Intan, Kuala Kangsar, Ipoh, Kulim / Kuah / Baling / Pangkalan Hulu, Butterworth, Penang, Alor Setar, Sungai Petani, Kuala Perlis, Kangar, Padang Besar.

  • Dari Timur: Kota Bharu, Rantau Panjang, Kuala Terengganu, Dungun / Kemaman, Kuantan.

  • Destinasi anda ialah turun di belakang TESCO Puchong.

  • Kaunter tiket & stesen menunggu di belakang TESCO Puchong:

    • Tel: 03-58806676

  • Waktu kaunter: 8.00am-10.30pm (setiap hari)

  • Stesen mengambil dan menurunkan penumpang - dibuka 24 jam.

  • Ambil teksi di hadapan TESCO untuk ke JTC 2 atau terus ke hotel berhampiran sekitar Puchong. Tambang kurang RM5.

 

 

 

#3. KLIA Transit

  • Dari KLIA atau LCCT turun di Stesen ERL Putrajaya. Perjalanan ERL 20 minit dari KLIA.

  • Ambil teksi di Stesen Putrajaya. Perjalanan teksi 20 minit dari Putrajaya.

  • Anggaran tambang teksi RM20-RM30 ke Bandar Puchong.

  • Jadual & Laluan

     

     

 

 

 

#4. Teksi

  • Dari mana-mana ke Puchong. Kadar tambang bergantung kepada jarak dan lokasi anda.

  • Tambang teksi dari KLIA @ LCCT ke Puchong adalah RM65.

 

 

 

Nota: Keadaan trafik lalulintas pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum di kawasan Puchong & Lembah Kelang umumnya adalah lengang dan selesa. Oleh itu anda boleh sampai ke JTC dengan mudah tanpa gangguan kesesakan.

 

 

 

Silalah Hubungi Saya Atau Urusetia Jika Anda Memerlukan Khidmat

Nasihat Lanjut @ Cadangan Terbaik Berhubung Penginapan &

Pengangkutan Di Atas.

 

 

 

 

Tawaran Promosi Lagi!

(harga sementara sahaja!)

 

Bukan RM1,900 RM1,800 RM1,700
 
 
Potongan Lagi...
 

 
Kini...  hanya RM1,500 sahaja!
(Anda Jimat RM400 sekarang)

Yuran promosi yang tersangat murah!
Namun tiada jaminan kadar ini akan dikekalkan.

 

 

 

 

 

Download Brosur Kursus & Dokumen Sokongan Untuk Permohonan ke Jabatan/Organisasi Anda.

 

Bagi memudahkan urusan permohonan ke Jabatan / Organisasi anda, silalah download dokumen sokongan (jika perlu) di bawah:

 

[Sila tunggu seketika semasa anda download kerana ia mungkin mengambil
sedikit masa bergantung kepada saiz dokumen dan talian Internet anda]

 

 

Item

 

1

Brosur Kursus & Borang Penyertaan

Dokumen-Kursus.zip
(download di sini)

2

Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)

3

Sijil Kementerian Kewangan (MOF)

4 Salinan Akaun Bank (muka depan)

5

Sijil PSMB / HRDF (Kategori A)

 

Syarikat yang mencarum dengan PSMB boleh menuntut bayaran kursus dengan PSMB. Syarikat kami berdaftar dengan PSMB dalam Kategori A.
(Tuntutan dilakukan sendiri oleh syarikat anda)

 

 

 

 

Hadiah Eksklusif Terhad!

Sementara tawaran masih dibuka.

 

TAWARAN TAMAT - TIADA LAGI HADIAH EKSKLUSIF

 

Kursus melebihi 15 orang peserta!

 

Seorang peserta bertuah akan menerima

sebuah HP Android berjenama - Baru!

- atau yang setaraf dengannya -

 

Syarat penyertaan:
  • Terbuka kepada semua peserta samada bayaran secara LO atau tunai.

  • Hadiah ini ditawarkan jika jumlah peserta kursus adalah sekurang-kurangnya 15 orang dan ke atas.

  • Penerimaan hadiah adalah melalui cabutan bertuah yang akan dibuat pada hari terakhir kursus.

  • Peserta mesti ada semasa cabutan dilakukan.

  • Kehadiran peserta mestilah penuh selama 4 hari berturut-turut (sehingga tamat kursus). Peserta yang tidak menamatkan kursus adalah tidak layak.

  • Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.

  • Cabutan bertuah ini adalah untuk kursus yang diadakan di JTC sahaja.
     

Jangan lepaskan peluang ini. Sambil belajar anda mungkin membawa balik sebuah Netbook!

 

 

SILA BACA: Penting

Kenapa Ramai Yang Memilih Kursus Kami?

Kami adalah antara yang terawal memperkenalkan kursus PHP & MySQL secara profesional kepada umum. Tidak ramai yang tahu apa itu PHP & MySQL semasa kami mula memperkenalkannya pada suatu ketika dulu.
 

Kini selepas beberapa siri kursus dan pendedahan tentang PHP & MySQL, semakin ramai yang mengenalinya. Inilah kepuasan kami iaitu menyedarkan keupayaan PHP & MySQL kepada umum (khasnya rakyat Malaysia).
 

Tenaga pengajar merupakan individu yang berpengalaman dan mahir tentang PHP & MySQL. Bukan tenaga pengajar yang belajar dan gunakan PHP & MySQL secara teori untuk beberapa ketika dan terus mengajar kepada anda. Mereka ditapis dan berpengalaman selama beberapa tahun mengguna dan membangunkan aplikasi berasaskan PHP & MySQL. Kepakaran merekalah yang menjadi rujukan penting supaya pembelajaran anda lebih efektif.

 

Kami telah secara konsisten mengendalikan kursus ini sejak Nov 2009. Pengalaman luas kami dalam memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada permasalahan PHP & MySQL dapat membantu menyelesaikan masalah anda dengan lebih berkesan.
 

Kami menjalankan kursus di pusat latihan kami sendiri iaitu di JomTraining Center (JTC). Kami sememangnya fokus dalam bidang khidmat latihan ini secara profesional.
 

Kami menjalankan kursus ini secara profesional dimana anda diberikan nota, cd dan tunjuk ajar yang sebaik-baiknya. Kemudahan kursus yang lengkap, komputer dan talian Internet disediakan. Oleh sebab itu banyak organisasi (kerajaan & swasta) telah memilih kami. Kami tidak menjalankan kursus seperti 'bersembang di kedai kopi'.

 

 

 

Sertai Sekarang  Sebelum Tawaran Ini Ditutup Selama-lamanya...

 

Jika Google, Yahoo, Facebook, Ebay Pun Menggunakannya, Mengapa Anda Perlu Ragu?


 

 

 

~ Klik Di Bawah Untuk Bayaran ~

 

 

Kini RM1,500 sahaja!
(KL / Puchong)

 

>> Klik Di sini ... Cara Bayaran <<
 

Terhad 20 orang sahaja!

20 10 kekosongan lagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

Yang benar,

 

 

 

Pengarah Urusan

LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.

H/P: 019-2626 101
 

www.facebook.com/zakiyusof

www.facebook.com/KursusBinaSistem

 

 

 

P/S - Cubalah anda semak yuran kursus PHP & MySQL ini di luar sana. Anda tidak akan jumpa yuran kursus yang semurah ini tetapi kualiti kursus tetap terus diutamakan. Kami ada banyak testimoni para peserta sejak Nov 2009 yang sangat berpuashati dengan kursus ini. Beruntung anda jumpa tawaran promosi yang kini hanya RM1500 sahaja! berbanding harga pasaran RM1,900. Tapi promosi ini tak jamin akan dikekalkan. Bila-bila masa boleh ditarik balik. Daftar dan join sekarang.

 

 

P/P/S - Dengan harga promosi yang hebat ini, sepatutnya anda tak perlu berfikir panjang. Pelaburan anda menghadiri kursus ini pasti berbaloi dan menguntungkan kerana pengalaman dan kepakaran kami telah melatih pelbagai kakitangan organisasi sejak Nov 2009. Bertindaklah sekarang sebelum yuran promosi ini terpaksa ditarik balik dan kembali ke harga pasaran RM1,900! Tetapi kini RM1500 sahaja!. Daftar dan buat bayaran sekarang.

 

 

P/P/P/S - Download brosur kursus dan borang penyertaan di sini untuk anda membuat permohonan kepada Syarikat @ Jabatan. Jangan lepaskan peluang keemasan ini demi manfaat anda dan majikan. Di sinilah kursus yang anda dan majikan anda cari selama ini. Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Hanya RM1500 sahaja! Daftar sekarang.


 

 

 

 

 


Kursus PHP & MySQL Lanjutan / Security
(download brosur di sini)
 

 

 


PERTANYAAN

LiveWEBS Network & Technology Sdn. Bhd.
47-1, Jalan OP 1/2,
1 Puchong Business Park,
47160 Puchong, Selangor. MALAYSIA.
Tel: 03-8075 0392, Faks: 03-2034 9414
H/P: 016-2636 101 (Pn. Faridah), 019-2626 101 (En. Zaki)
emel:
urusetia@kelasphp.com

 

 

 

Kandungan Kursus    |    Tarikh & Lokasi Kursus   |     Cara Bayaran   |     Foto Kursus    |    Brosur     |     JTC

 

Jadi Agen Affiliate     |     Login Affiliate

 

 

Hakcipta Terpelihara (c) 2009 - 2013